AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank Bakal Iktiraf Kecemerlangan Pemain Industri Komuniti Tani Melalui Agro Biz Awards 2025



Agrobank mengumumkan pembukaan penyertaan Agro Biz Awards 2025 bermula dari 18 Jun sehingga 31 Julai 2025. Agro Biz Awards merupakan sebuah anugerah berprestij bertujuan menghargai kecemerlangan dan sumbangan luar biasa pemain industri komuniti tani dalam memperkukuh agenda keterjaminan makanan negara.

Anugerah yang mensasarkan perniagaan dan usahawan dalam pelbagai sektor tani ini bakal mempertaruhkan lima (5) kategori utama termasuk:

Kategori Anugerah PKS Terbaik Agrobank: Mengiktiraf perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang yang menunjukkan kecemerlangan dalam operasi perniagaan mereka

Kategori Anugerah Usawahan Wanita Agrobank : Mengiktiraf usahawan wanita yang menjadi pelopor dan mentor kepada wanita lain yang menceburi sebarang aktiviti perniagaan merangkumi keseluruhan rantaian bekalan makanan

Kategori Anugerah Usahawan Muda Agrobank : Mengiktiraf usahawan muda yang berumur antara 18 hingga 40 tahun yang menjadi pelopor dan mentor dalam usaha meningkatkan keterlibatan generasi belia lain dalam sektor pertanian dan agromakanan

Kategori Anugerah Inovasi Usahawan Agrobank : Mengiktiraf individu, syarikat atau organisasi yang telah menunjukkan inovasi luar biasa dalam meningkatkan produktiviti sektor pertanian dan agromakanan

Kategori Anugerah Pemerkasaan Usahawan Orang Kelainan Upaya (OKU) Agrobank : Mengiktiraf usahawan Orang Kelainan Upaya (OKU) sebagai simbolik penghargaan atas sumbangan dan pencapaian mereka dalam sektor pertanian dan agromakanan

Agrobank menawarkan hadiah lumayan sehingga RM70,000.00 bagi keseluruhan anugerah seperti berikut:

Pemain industri komuniti tani yang berminat untuk menyertai anugerah ini boleh memuat turun borang penyertaan melalui portal rasmi Agrobank di www.agrobank.com.my. Sebagai alternatif, borang penyertaan boleh didapati di cawangan Agrobank berhampiran di seluruh Malaysia. Borang penyertaan yang telah dilengkapkan hendaklah diserahkan ke cawangan Agrobank terdekat berserta dengan dokumen sokongan yang diperlukan.

Para peserta diwajibkan untuk mengemukakan laporan pencapaian komprehensif sebagai indikator impak positif perniagaan dalam sektor pertanian dan agromakanan. Sebagai bahan sokongan, peserta juga dikehendaki menyediakan video penyertaan berdurasi tidak melebihi tiga (3) minit. Calon terpilih akan dihubungi untuk menghadiri sesi temu duga dan pembentangan bagi memperkukuh permohonan penyertaan. Kesemua kriteria kelayakan dan prosedur pencalonan adalah terikat dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Agro Biz Awards 2025, sila hubungi Pusat Panggilan Agrobank di 1-300-88-2476, layari www.agrobank.com.my atau kunjungi cawangan Agrobank yang berdekatan.