AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank Rai Pemenang Cabutan Bulanan Kempen Mega Million 2.0



Agrobank hari ini menganjurkan Majlis Penyerahan Hadiah Kempen Mega Million 2.0 bertujuan untuk meraikan para pemenang kempen Cabutan Pusingan 1 dan 2 kali ini.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Agrobank Zahid Ahmad Zawawi berkata, “Mega Million 2.0 menawarkan hadiah keseluruhan lebih RM2.5 juta. Saya yakin penyertaan kali ini akan lebih memberangsangkan kerana pencapaian kempen Mega Million terdahulu, Agrobank telah berjaya mencatatkan kejayaan dengan peningkatan positif dalam kebanyakan produk Agrobank yang terlibat, malah melepasi sasaran yang ditetapkan. Untuk makluman, kempen 1.0 berjaya mencatatkan pembukaan lebih 54,000 akaun baharu dengan nilai deposit melebihi RM290 juta.”

Menurut beliau juga, “Kami melihat peningkatan positif untuk produk-produk Agrobank sejak kempen ini berlangsung. Sebagai contoh, produk Takaful telah menunjukkan peningkatan langganan sebanyak 116%, Penulisan Wasiat sehingga 114%, pembiayaan Ar-Rahnu sehingga 177% dan kelulusan Pembiayaan Peribadi AgroCash-i melebihi RM1 bilion.”

Kempen Mega Million 2.0 yang telah dilancarkan sejak 1 November 2024 akan berterusan sehingga 31 Oktober 2025. Ianya terbuka kepada pelanggan baharu dan sedia ada Agrobank, termasuk individu dan bukan individu. Kempen ini melibatkan produk-produk Agrobank termasuk Ar-Rahnu, AgroPrimaS, AgroPerdana-i PLUS, AgroCash-i, Hartani-i, Takaful Kasih Plus, Agro Madani, Agro Nurani, Penulisan Wasiat dan Motor Takaful.

“Kami yakin insiatif seperti ini merancakkan lagi usaha untuk mempromosi pelbagai produk yang ditawarkan oleh Agrobank di pasaran sekali gus menggalakkan budaya menyimpan dalam kalangan rakyat Malaysia untuk menjamin masa depan mereka dan membina kehidupan lebih baik,” tambahnya.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai kempen ini dengan mendapatkan maklumat lanjut di www.agrobank.com.my ataupun boleh berkunjung ke cawangan Agrobank yang berdekatan.

Enam (6) pemenang bulanan telah membawa pulang Mitsubishi Xpander, Proton S70 dan Perodua Myvi. Turut menambah keterujaan, pada akhir Kempen Mega Million 2.0, seorang pemenang bertuah akan memenangi hadiah cabutan utama untuk membawa pulang sebuah kereta Ford Ranger Raptor.

Berikut adalah senarai pemenang pada bulan November 2024 sehingga April 2025:

Di majlis yang sama Agrobank turut mengadakan hari bertemu pelanggan: Funancial Day bermula 24 Jun sehingga 25 Jun 2025 di mana pelbagai aktiviti menarik telah diatur di 40 cawangan terpilih Agrobank. Antaranya, klinik kewangan, kelulusan segera bagi produk pembiayaan dan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah menarik seperti loket emas, Kad Touch ‘n’ Go, Kad Hadiah Petronas dan banyak lagi produk menarik daripada Agrobank.