Individu
Pindahan Dana Intrabank

*Tertakluk kepada had maksima harian, RM50,000/hari.
Pemindahan Wang GIRO (IBG)

*Percuma untuk orang kurang upaya dan warga emas
***Tertakluk kepada had maksima harian, RM50,000/hari
Pemindahan Wang Antara Bank (IBFT)

**Tertakluk kepada had maksima harian, RM30,000/hari
Perniagaan
Pemindahan Wang Antara Bank (IBG)

**Tertakluk kepada had maksima harian, RM500,000/hari
Lain-lain bayaran berkaitan / caj bagi perbankan dalam talian

Kad Debit
Individu / Perniagaan

Transaksi tanpa tunai yang tersedia di AGRONet Mobile yang membolehkan pelanggan membuat pembayaran kepada peniaga-peniaga menggunakan kod respon pantas (QR).
Faedah
- Transaksi tanpa tunai
- Selamat dan boleh dipercayai
- Imbas kod ‘DuitNow QR’ di semua peniaga tempatan dan luar negara yang mengambil bahagian dengan penerimaan logo “DuitNow QR”
Muat Turun Soalan-soalan Lazim (FAQ)
Muat Turun Senarai Merchant yang menyertai
Muat Turun Senarai Masjid/Surau untuk e-derma dengan DuitNow QR
DuitNow adalah sebuah perkhidmatan pembayaran masa nyata yang boleh dibuat tanpa mengetahui atau mengingati nombor akaun penerima.
Bagi Individu, ID berikut boleh digunakan untuk pendaftaran :

Bagi perniagaan/pertubuhan, ID berikut boleh digunakan :


Klik pada gambar untuk paparan penuh poster
Klik disini untuk Soalan Lazim DuitNow
Klik disini untuk Cara Mendaftar DuitNow
Agrobank menyediakan :
• 257 mesin teler automatik (ATM)
• 146 mesin cash-In cash-Out (CICO)
• 15 mesin deposit cek (CQM)
• 7 mesin deposit syiling (CoDM)
• 40 daripada ATM and 8 daripada CICO ini adalah terletak di luar premis Agrobank.
Kemudahan yang disediakan kepada pelanggan ialah :
- Perkhidmatan ATM yang selesa dalam tempoh antara jam 4.00 pagi hingga jam 12.00 tengah malam
- Pelanggan hanya memerlukan satu kad sahaja yang boleh dihubungkan kepada sehingga 8 akaun Agrobank mereka.
- Pertanyaan baki simpanan
- Pengeluaran wang secara pilihan jumlah sendiri atau Wang Segera
- Penukaran PIN mengikut keselesaan pelanggan
- Mendapatkan Penyata Mini Akaun
- Pemindahan wang ke akaun sendiri
- Pemindahan wang ke akaun pihak ketiga
- Permintaan Arahan Perdana
- Kemudahan MEPS (Pindahan Segera/Interbank GIRO – Pembayaran Kad Kredit dan akaun Pembiayaan
- Perkhidmatan bayaran Bil (Telekom, TMNet, Astro, TNB dan Celcom
Kemudahan yang disediakan kepada pelanggan kad bank lain (mempunyai logo MEPS) di ATM Agrobank:
- Pengeluaran Wang
- Pindahan Segera
- Pertanyaan Baki Akaun
Langkah-langkah untuk melaksanakan transaksi pindahan GIRO antara bank (IBG) di ATM
- Masukkan kad ATM ke mesin.
- Pilih bahasa untuk digunakan samada Bahasa Malaysia atau Inggeris.
- Masukkan nombor PIN.
- Pilih Pindahan Wang.
- Pilih Pindahan GIRO Antara Bank.
- Pilih Teruskan pada skrin pemberitahuan tentang caj RM0.10 untuk transaksi IBG.
- Pilih bank penerima wang pindahan dan masukkan kod bank.
- Masukkan nombor akaun penerima.
- Masukkan jumlah wang yang akan dipindahkan.
- Status pindahan wang akan dipaparkan dan resit akan dicetak.
Langkah-langkah untuk melaksanakan transaksi Pindahan Segera antara bank menggunakan kad Agrobank di ATM Agrobank
- Masukkan kad ATM ke mesin.
- Pilih bahasa untuk digunakan samada Bahasa Malaysia atau Inggeris.
- Masukkan nombor PIN.
- Pilih Pindahan Wang.
- Pilih Pemindahan Segera.
- Pilih jenis akaun penerima.
- Pilih bank penerima wang pindahan dan masukkan kod bank.
- Masukkan nombor akaun penerima.
- Masukkan jumlah wang yang akan dipindahkan.
- Sahkan nama penerima, nombor akaun penerima, jumlah pindahan dan bank penerima.
- Status pindahan wang akan dipaparkan dan resit akan dicetak.
Langkah-langkah untuk melaksanakan transaksi pindahan segera antara bank menggunakan kad bank lain (yang mempunyai logo MEPS) di ATM Agrobank
- Masukkan kad ATM ke mesin.
- Pilih bahasa untuk digunakan samada Bahasa Malaysia atau Inggeris.
- Masukkan nombor PIN.
- Pilih Pemindahan Segera.
- Pilih jenis akaun pemegang kad.
- Pilih bank penerima wang pindahan.
- Pilih jenis akaun penerima.
- Masukkan nombor akaun penerima.
- Masukkan jumlah wang yang akan dipindahkan.
- Sahkan nama penerima, nombor akaun penerima, jumlah pindahan dan bank penerima.
- Status pindahan wang akan dipaparkan dan resit akan dicetak.