AGROBANK Logo
  • Downloads
  • Branch/ ATM Locator
  • Search

Agro Takaful Flexi

Agro Takaful Flexi adalah pelan takaful yang menyeluruh meliputi kematian, Keilatan Menyeluruh dan Kekal (KMK), Penyakit Kritikal dan kejadian lain di luar jangkaan, di mana pelan boleh disesuaikan mengikut keperluan anda.

Manfaat

Keunikan Produk

  • Perlindungan Komprehensif - Pelan perlindungan yang menyeluruh meliputi kematian, Keilatan Menyeluruh dan Kekal (KMK), Penyakit Kritikal dan kejadian lain di luar jangkaan yang boleh mengubah kehidupan dan kewangan anda.
  • Kesesuaian - 10 manfaat tambahan yang boleh ditambah berdasarkan keperluan dan status kewangan anda.
  • Hibah - Tinggalkan legasi untuk orang yang disayangi bagi menjamin masa depan mereka.
  • Simpanan - Pilih daripada 5 pilihan pelaburan yang sesuai dengan matlamat kewangan anda. Pulangan pelaburan yang diperolehi boleh dijadikan simpanan masa depan anda.
  • Pencapaian - Raikan pencapaian pendidikan anak-anak anda dengan ganjaran wang tunai.
  • Patuh Syariah - Capai matlamat kewangan anda melalui perlindungan dan pelaburan patuh Syariah.

Manfaat Pilihan

Anda boleh menambah mana-mana manfaat tambahan (rider) mengikut keperluan anda.

Perlindungan Perubatan

  • meliputi kos perubatan sekiranya dimasukkan ke hospital atau bagi tujuan pembedahan dengan myMedic.
  • menerima elaun tunai harian sekiranya dimasukkan ke hospital dengan myHospital Cash.

Perlindungan Penyakit Kritikal

  • mendapatkan perlindungan sehingga 48 jenis penyakit kritikal dengan myCritical Illness atau myMultipay Critical Illness.

Perlindungan Kemalangan

  • menerima manfaat tambahan sekiranya meninggal dunia atau KMK disebabkan oleh kemalangan dengan myPA & myIhram.

Simpanan Masa Hadapan

  • menambah nilai pelaburan ke dalam mana-mana dana pelaburan dengan mySaver.

Pengecualian Caruman

  • perlindungan anda kekal aktif sehingga akhir tempoh sijil dengan myWaiver walaupun didiagnosis dengan mana-mana 47 penyakit kritikal.
  • jika anda menyertai pelan Agro Takful Flexi untuk melindungi pasangan atau anak-anak anda, anda tidak perlu risau tentang perlindungan mereka sekiranya anda meninggal dunia, KMK atau Penyakit Kritikal jika anda menambah myPayor atau myPayor Plus.

Ciri Asas Pelan


Umur Kelayakan
Orang yang Dilindungi:

  • Umur Minimum: 14 hari
  • Umur Maksimum: 70 Tahun

Peserta:

  • Umur Minimum : 19 tahun dan ke atas

Nota: Umur di atas merujuk kepada hari lahir akan datang (Age Next Birthday)


Jumlah Perlindungan
Untuk perlindungan asas kematian dan KMK:

  • Minimum: RM10,000
  • Maksimum: tertakluk kepada pengunderaitan

Tempoh Perlindungan

  • Sehingga umur 25, 60, 70 atau 80 tahun.

Tempoh Bayaran Caruman

  • Bulanan, suku tahunan, setengah tahunan atau tahunan.

 

Muat turun risalah

Helaian Penerangan Produk Agro Takaful Flexi

Helaian Penerangan Produk myMedic 

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad adalah ahli PIDM.

Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah sijil yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my)

 

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad is a member of PIDM.

The benefit(s) payable under eligible certificate is protected by Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) up to limits. Please refer to PIDM’s Takaful and Insurance Benefits Protection System (TIPS) Brochure or contact Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad or PIDM (visit www.pidm.gov.my).