AGROBANK Logo
  • Downloads
  • Branch/ ATM Locator
  • Search

Program Skim Istimewa Kakitangan Kerajaan

Program Skim Istimewa Kakitangan Kerajaan ialah program pembiayaan dalam bentuk Cash Line iaitu kemudahan pusingan (revolving) kepada kakitangan yang layak di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) serta agensi-agensinya yang mempunyai Akaun Gaji dengan Agrobank.

Manfaat Program



  • Anda hanya perlu menggunakan satu akaun deposit (AgroPerdana-i Cashline GEPS) untuk pengkreditan gaji dan menikmati kemudahan Cash Line (AgroCashline-i GEPS). Segala transaksi deposit dan pengeluaran dana juga boleh dilakukan dengan mudah melalui kad debit yang sama.
  • Nikmati pelbagai perkhidmatan perbankan melalui cawangan Agrobank di seluruh negara, mesin ATM dan Perkhidmatan Ejen Perbankan (AGROAgent).
  • Lakukan transaksi dalam talian dengan mudah dan selamat melalui Perbankan Internet AGRONet.
  • Urus keperluan kewangan jangka pendek anda dengan mudah seperti kecemasan, perbelanjaan ad-hoc dan sebagainya.

Kadar Keuntungan



  • Nikmati kadar keuntungan yang kompetitif untuk kemudahan Cash Line serendah *Kadar Asas Standard (KAS) + 3.45% setahun

Nota: KAS ditetapkan sama seperti Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang ditentukan oleh Bank Negara Malaysia.

Kelayakan



  • Kakitangan tetap KPKM & agensinya (termasuk dalam tempoh percubaan).
  • Berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 60 tahun pada akhir tempoh kemudahan.

Muat turun Lembaran Maklum Program (PDS)

Muat turun Terma dan Syarat

Muat turun Risalah Program (akan datang)